Posts

Image
INNOVATION SHOWCASE 2019 ! Akhirnya hari Showcase berlangsung. Setiap kumpulan dalam kelas kami telah menyertai Showcase tersebut iaitu, dengan mempamerkan kit permainanyang telah dibina oleh setiap kumpulan. Showcase tersebut merupakan satu pengalaman yang kedua untuk saya menyertai showcase.  POSTER KUMPULAN SAYA: EKSPLORASI KERJAYA  KIT PERMAINAN YANG TELAH KUMPULAN KAMI BINA semuanya merupakan DIY. dibuat hanya menggunakan Mounting Board, water color dan juga beberapa bahan lain seperti hot glue gun, engsel etc.  JALAN PERMAINAN MERUPAKAN TENTANG EKSPLORASI KERJAYA SEPERTI BOMBA, DOKTOR, CHEF DAN POLIS. KAMI JUGA MENGGUNAKAN AR MENGGUNAKAN METAVERSE.  SELESAI DINILAI OLEH PANEL :) 
Image
X-BOX TIME!! Wow, bestnya tajuk hehe sebenarnya hari ini kelas kami belajar tentang apa itu Assessment dan E-Assesment. Apa yang saya faham in Bahasa Melayu dua perkara tersebut adalah tentant Penaksiran. ) Definisi Penaksiran - Penaksiran ialah suatu proses mengumpul data/maklumat tentang perkembangan individu iaitu dari segi pengetahuan , kemahiran, sikap / nilai berdasarkan standard prestasi. 2) Definisi Penilaian - Penilaian ialah untuk melihat tahap seseorang itu mencapai objektif pembelajaran ataupun tidak. - Penilaian juga dapat ditafsirkan sebagai proses mentafsir atau memberi makna (kualitatif/abstrak) hasil daripada proses pengukuran (kuantitatif). 3) Persamaan antara penaksiran dan penilaian i. melihat perkembangan pelajar terhadap sesuatu pelajaran ii. kedua-duanya dinilai oleh guru iii. sasarannya ialah pelajar 4) Perbezaan Penaksiran dengan Penilaian i) Penaksiran - Mempunyai alat pengukuran ( pengujian) ii) Penilaian - guru yang menilai melalui
Image
DISPLAY MEDIA & VISUAL MESSAGE DESIGN Maklumat ataupun sesuatu mesej dapat disalurkan melalui media digital dan juga media bukan digital (bukan tayang). Sebagai contoh ; Media Bukan Tayang iaitu tidak dipancarkan : 1) Pameran 2) Model 3) Bahan sebenar Media Digital @ Media Tayang : 1) Televisyen 2) Macbook 3) Radio AKTIVITI 3 kemudian, dengan apa yang telah kami fahami dan pelajari, kami diminta untuk melukis dan mencipta satu poster tantang apa-apa sahaja.  KUMPULAN SAYA MELUKIS POSTER TENTANG KESEDARAN SELAMATKAN POKOK  p/s wah berbakatnya kita haha
Image
INSTRUCTIONAL MEDIA & DIGITAL INSTRUCTIONAL MEDIA Hai semua, hari ni kami belajar tentang Ba Display Media & Visual message design. Kami telah melihat suatu paparan video mengenai kenali Malaysia. Sepanjang video itu ditayangkan, kami perlu memerhatikannya daripada segenap sudut. 1) Prnggunaan animasi yang baik 2) Intipati ringkas tapi padat 3) Terdapat info grafik kelebihan: ada 2 perkara baru saya pelajari iaitu: 1) Penggunaan aplikasi bagi mencipta video tersebut 3) Kekreatifan pencipta menyusun idea Persoalan: 1) Bagaimana untuk menghasilkan iklan yang ringkas tetapi dapat dengan info dan mudah untuk difahami oleh semua orang ? AKTIVITI 2 Selepas itu, kami dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan. Dalam aktiviti kali ini, setiap kumpulan telah dapat bahan media bercetak, tidak bercetak dan digital iaitu antaranya, tablet, poster, globe dan buku. AHLI KUMPULAN SAYA IAITU YUS, AISHAH DAN FIZUL  Selepas itu, kami perlu sen
MOCK UP WORKSHOP Kelas kami diberi peluang untuk menghadiri bengkel Mock Up dari pensyarah-pemsyarah dan senior dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina UPM. Banyak info yang saya peroleh dari bengkel tersebut tentang bagaimana untuk menghasilkan kit permainan kami nanti. Di penghujung aktiviti kami diberikan peluang untuk membuat Mock Up kit permainan kami menggunakan bahan-bahan yang terbuang seperti kotak.
Image
BOARD GAME DISCUSSION Hari ni, kelas amali kami di ajar oleh Miss Vonn. Miss Vonn meminta supaya kami berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang projek papan kit permainan yang akan kami bina. Miss Von meminta untuk kami membuat lakaran tentang gambaran binaan kit permainan kami. Gambar di atas adalah lakaran bentuk dan jalan permainan tentang kit permainan kami yang bertajuk Eksplorasi Kerjaya.  Refleksi pada hari ini: 1) Saya dan ahli kumpulan, berbincang, merangka dan merancang secara terperinci tentang kit permainan yang akan kami bina 2) kami juga berbincang dan mengumpul idea untuk pembinaan video pendidikan kebaikan: 1) saya dapat mengumpul idea tentang perancangan pembinaan kit permainan 2) saya dan ahli kumpulan dapat bekerjasama dan merancang perjalanan kit permainan dengan lebih baik kelemahan: 1) Saya dan ahli kumpulan tidak berapa memahami bagaimana video pendidikan yang sebenar yang perlu dibina. penambahbaikan: 1) Mungkin fasili
Image
VIRTUAL REALITY TINY (VR)   Kelas amali pada petang ini merupakan kelas mengenai Virtual Reality. Kelas saya telah bergabung atau disekalikan waktu amali dengan kelas daripada pelajar Bacelor Pendidikan Jasmani tahun 3 (Batch Bravo). Pelajar perlu membentuk satu kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 orang pelajar kemudian diberikan satu alat untuk menggunakan VR tersebut. Sebelum itu, pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi 'Tiny VR' .   Gambar 1 : Saya sedang mencuba menggunaka Tiny VR Bersungguh nak terangkan pada Faizin.. hehe  Kelebihan penggunaan VR : - Teknologi yang canggih digunakan dalam sesi PdP - Kelihatan 'real' Kelemahan penggunaan VR : - Memerlukan alatan khas untuk melihat VR tersebut melalui telefon pintar. - Tidak semua sekolah menyediakan peralatan tersebut untuk tujuan pembelajaran